Tuesday, August 25, 2009

Rindu ................ Oh Rindu.

Dah lama aku tak tengok website ne, kesian kat dia...... bukan apa aku sibuk dengan web pejabat. Aku terpaksa melakukan tugas yang wajib n di samping tu web adalah site duty. Almaklumlah apabila aku balik semula ke tempat kerja aku yang lama kenalah ada perubahan. Jadi akupun kenalah buat satu web dan mengemaskininya. Alhamdulillah sekarang dah ramai rakan sekerja aku buat web sendiri. Masing-masing menunjukan keteroran masing-masing. Jangan sampai terluapa tugas utama sudahlah....... nanti tak dapat APC kut.

Thursday, June 11, 2009

Semalam aku telah menghantar anak aku ke sekolahnya kerana dia ada program tapi hari jumaat ne dia minta ambil semula. Sory nanti sambung lagi.

Sunday, June 7, 2009

Musim cuti sekolah



Sekarang ne musim cuti sekolah anak-anak aku (bukan ramaipun hanya sepasang, tapi alhamdulilah ada juga) ada yang minta p bercuti kononnya boring kat rmah, walhal depapun tak dok rmah depa dok kat asrama. Jadi balik cuti kot nak dok rmah tapi kata boring, hai budak budak era global.


Aku pula kena kerja beberapa hari, jadi tak dapatlah nak janji, jemputan kenduri kahwin punya la banyak jadi mana sempat nak bercuti, tapi kalau tak adapa petang ni nak bawa depa tengak wayang n window shopping.


Sebelum tu hari ne juga ada lima jemputan kahwin entahla sempat tak hadir kesemua jemputan. Makan memang tak makan sekadar memenuhi jemputan.


Minggu lepas penuhi masa terluang dengan mengecat rumah. bawalah anak-anak sekali bersemangat nampaknya depa tolong. Macam tulah anak-anak abah n mama. Berita yang sangat mengembira aku minggu lepas adalah kejayaan anak sulung aku mendapat keputusan fou flet dalam examnya. Syukur alhamdulillah. Taktau lagi nak bagi apa sebagai hadiah biasanya aku bagi dia pilih n aku buat rundingan.




Thursday, June 4, 2009

Corak coret minggu ini

Minggu ini adalah minggu ketiga aku di tempat kerja baru (tempat lama tapi dengan jawatan baru) sukar juga aku ingin membuat sesuatu perubahan maklumlah sebelum ini aku juga seperti rakan-rakan membudayakan suasana kerja ...... tapi kali ini aku ingin mengubahnya serba sedikit agar jadi yang lebih baik. Ada dikalangan rakan-rakan yang menyokong ....... tapi ada juga yang menjeling sinis. Ada juag dikalangan rakan baikku yang nampak sukar untuk menegurku almaklumlah dengan jawatan baru.
Aku berdoa agar aku tabah dan sabar menghadapi segala karenah rakan-rakan dan dapat membuat sedikit perubahan untuk menuju kejayaan semua orang.......